Rabu, 5 November 2008

EPiLoG SeORaNG TeMaN.....

Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

RO WAW MIM ALIF JIM ALIF

R…...Radikal
Remaja sentiasa inginkan perubahan (fizikal dan mental)

E
…...Emosional
Perasaan emosional,sensetif,mudah tersinggung,panas baran
menganggap segala tindakannya benar tanpa memikirkan pendapat
orang lain.

M….mencuba
ingin mencuba perkara yang baru tanpa menghiraukan risikonya

A
…..Agresif
Remaja yang berdarah muda dan gemuruh cepat memberontak dan
merandang terhadap kritikan yang diterima oleh orang lain,walaupun
teguran yang membina.

J Jaguh
Remaja sentiasa ingin menunjukan kegagahan,kehandalan dan
kebolehan kepada rakan-rakannya.bagi meraka ianya merupakan satu
persainagan yang hebat.

A…..Aktif
Dengan melakukan aktiviti bersukan ianya dapat mengisi masa yang
terbuang.

“JIKA INGINKAN KECEMERLANGAN DIRI SERTA
PEMIKIRAN YANG POSITIF KITA HARUSLAH
MENJAUHI SEGALA PERKARA NEGATIF"

SeSWaTu UNTuk DiKoNGSi BeRSaMa.....

* bayi yg baru lahir memulakan kedatangannya dgn. tangisan..
tanda dunia penuh dengan air mata...
-HUKAMA-


* kemahuan mesti diperkuat dengn keyakinan...
-DARWIN-


* sudah ditakdirkan org yg melangkah ke kanan x akan sampai
ke kiri...
-IBNU ATSIIR-


* barangsiapa yg ingin rezekinya meluas dan hidupnya berbekas,
hubungkanlah silaturrahim...
-HADIS-

* ilmu itu teman kpd seseorang dan kesabaran itu muridnya...
-CONFUCIUS-

* Allah berfirman bahawa di atas org yg berilmu,
ada lg org yg lebih berilmu...
-HAMKA-

* jgn membuang masa barang seminit pun untuk memikirkan
org yg x kita sukai...
-GEORGE ELLIOT-

* org yg biasa jadi sahabat sahaja yg akan jadi musuh...
-PERIBAHASA SEPANYOL-

PuiSi BuaT SuMe TeMaN2Ku......

kawan,
andai aku diberi pilihan
ingin aku jadi sang suria
menyinar alam maya
tapi..
tika fajar terbenam
malam menjelang
kau tak dapat melihatku..

kawan,
biarlah aku menjadi bulan
akan kuindahkan malam gelita
tapi...
tika fajar menyingsing
siang bertandang
aku kan hilang..

kawan,
aku ingin menjadi bunga
temani kau dalam keriangan
tapi...
bunga pasti akan layu..

kawan,
harus jadi apakah aku
agar dapat menemanimu
menenangkan gelisahmu
meriangkan suram hatimu..

kawan,
harus jadi apakah aku?

SYaRaT-SYaRaT NaK WaK MaKSiaT.....

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui
Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu
mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan
maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini
rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin
Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih
mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu
selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-
Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat
dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah
kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?"
kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta
syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana
mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu
bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun
menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat
itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.
Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut
bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-
isak.

KaTa-KaTa HiKMaH........

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.

2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

BeNGKeL PRoFFeSion PeRGuRuaN


Bengkel ni baru je diadakan beberapa bulan yang lepas. Bengkel tersebut diadakan untuk menambah ilmu pendidikan bagi bakal-bakal guru keluaran UDM. Penceramah yang dijemput khas ialah Dr. Hakim iaitu dekan FKI dan Tn. Hj Azhar, pensyarah Ijazah Pendidikan UDM.